Sabtu, 26 Oktober 2013

Skema Topikal ( Sewa Menyewa )


1.
Berikan maksud sewa ( al ijarah).

Sewa adalah satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan


2.
Nyatakan hukum sewa.

harus


3.
Nyatakan tiga rukun sewa.

-          Penyewa dan pemberi sewa
-          Bayaran sewa
-          Manfaat sewa


4.
Jelaskan tiga syarat penyewa dan pemberi sewa.

-          Aqil baligh
-          Kemahuan sendiri
-          Keduanya tidak bersifat membazir


5.
Jelaskan tiga syarat bayaran sewa.

-          Berharga
-          Dapat diberikan oleh orang yang mengambil upah
-          Diketahui kadar dan jangkamasa


6.
Jelaskan empat syarat manfaat sewa.

-          Bayaran dengan wang
-          Wang bayaran diketahui
-          Kedua pihak tahu kadar, jenis dan sifatnya.
-          Keadaan bayaran tertentu


7.
Jelaskan lima syarat sah sewa.

-          Kedua pihak bersetuju mengadakan kontrak sewa
-          Barang yang disewa memberi faedah dan diharuskan oleh syarak
-          Barang yang disewakan bukan menjadi kewajipan kepada orang yang memberi sewa – contoh menyewakan rumah kepada isteri
-          Janganlah pekerjaan yang menjadi tujuan sewa merupakan fardu atau wajib kepada orang yang memberi sewa
-          Manfaat yang tercatat dalam kontrak boleh digunakan


8.
Jelaskan lima cara menamatkan kontrak sewa.

-          Barang yang disewa hilang atau musnah
-          Batal kontrak
-          Kontrak sewa tamat dengan sebab tamat tempoh kecuali uzur
-          Tidak menepati syarat-syarat kontrak
-          Barang yang disewa rosak


9.
Nyatakan empat hikmah sewa.

-          Memberi kemudahan kepada orang yang tidak memiliki sesuatu barang untuk mendapatkan faedah atau manfaat dari barangan itu.
-          Menambah keuntungan oleh pemilik barangan itu.
-          Mengerakan hubungan dalam masyarakat.
-          Memberi kemudahan kepada masyarakat yang memerlukan antara satu sama lain .

2 ulasan:

  1. apakah yang dimaksudkan dengan kedua-duanya tidak bersifat membazir??? sila hantarkan ke husni8897@gmail.com

    BalasPadam
  2. Apakah maksud janganlah pekerjaan Yang menjadi tujuan sewa merupakan fardhu atau wajib kepada orang Yang memberi sewa?

    BalasPadam