Sabtu, 26 Oktober 2013

Skema Topikal ( Gadaian )


1.
Apakah yang dimaksudkan dengan gadaian pada bahasa?

Menahan sesuatu


2.
Apakah yang dimaksudkan dengan gadaian pada istilah?

Ssesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman


3.
Nyatakan hukum gadaian menurut Islam.

Harus


4.
Senaraikan lima rukun gadaian.

-          Penggadai
-          Barang yang digadai
-          Barang yang diberikan kepada penggadai
-          Pemegang gadaian
-          Ijab dan qabul


5.
Nyatakan enam syarat sah gadaian.

-          Harta yang digadai sah untuk jual beli
-          Penggadai dan penerima gadaian akil baligh
-          Dengan kerelaan sendiri
-          Barangan kepunyaan sendiri
-          Tidak merugikan penggadai
-          Tidak merugikan penerima gadaian


6.
Jelaskan tujuh perkara yang membatalkan gadaian.

-          Barang gadaian diserah semula kepada penggadai
-          Penggadai membayar semua hutangnya
-          Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah
-          Pemegang gadaian membatalkan gadaian
-          Penggadai meninggal dunia
-          Barang yang digadai rosak
-          Barang yang digadai telah disewa, dihibah atau disedekah kepada orang lain


7.
Terangkan lima hikmat gadaian dalam Islam.

-          Memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan
-          Memberi jaminan kepada pemberi hutang
-          Memudahkan seseorang mendapat hutang modal bagi memulakan perniagaan
-          Memberi peluang umat Islam mengembangkan ekonomi
-          Melahirkan sifat kerjasama dan perasaan kasih sayang antara satu sama lain


8.
Jelaskan tiga perbezaan antara gadaian Islam dengan gadaian bukan Islam.



Gadaian Secara Islam
Gadaian Bukan Islam
Barang gadaiam tetap menjadi hak pemilik asal
Barang gadaian akan lupus sekiranya tidak ditebus dalam tempoh gadaian
Nilai barang dan upah.
Nilai barang termasuk faedah
Membantu meringan kesusahan
Membebankan kerana membayar faedah dan terdapat unsur riba dan gharar


9.
Mengapakan gadaian bukan Islam diharamkan di dalam Islam?

Gadaian bukan Islam diharamkan kerana terdapat unsur riba, gharar dan penindasan


10.
Huraikan dua peranan gadaian secara Islam bagi membantu memajukan ekonomi umat Islam.

-          Membantu seseorang untuk mendapatkan hutang modal untuk memulakan perniagaan
-          Memberi kemudahan kepada orang Islam yang memerlukan bantuan tanpa merugikan pemberi hutang.


11.
Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut :



En. Ahmad telah menggadaikan seutas rantai emas milik isterinya tanpa meminta izin terlebih dahulu

Hukum : tidak sah
Alasan : Barang gadaian bukan kepunyaan penggadai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan