Khamis, 24 Oktober 2013

Skema Topikal ( Sembelihan )


1.
Apakah pengertian sembelihan?

Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan / dengan cara memutuskan urat halkum dan urat marik / dengan menggunakan alat yang tajam.


2.
Nyatakan tiga rukun sembelihan.

-          Binatang yang disembelih
-          Alat sembelihan
-          Penyembelih


3.
Berikan enam perkara makruh sembelihan.

-          Menggunakan alat yang tumpul.
-          Menampakkan alat sembelihan kepada binatang sembelihan.
-          Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang.
-          Tidak membaca Basmalah.
-          Tidak menghadap kiblat.
-          Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain


4.
Nyatakan dua syarat sah penyembelih.

-          Islam
-          Tidak dalam ihram haji atau umrah


5.
Jelaskan lima hikmah sembelihan.

-          Mematikan binatang dengan cepat.
-          Membersihkan daging daripada darah yang mengalir bagi menghindarkan penyakit.
-          Daging yang dimakan bersih dan bermutu.
-          Sebagai tanda penghormatan manusia kepada makhluk Allah S.W.T.
-          Membezakan antara daging halal dan daging haram


6.
Senaraikan empat perkara sunat semasa menyembelih.

-          Membaca bismillahhirrahmanirrohim
-          Mengadap kiblat
-          Membaca selawat ke atas nabi
-          Menggunakan alat yang tajam


7.
Tuliskan tiga syarat binatang yang disembelih.

-          Halal
-          Mati dengan sekali sembalihan
-          Putus urat halkum dan urat merih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan