Rabu, 23 Oktober 2013

Skema Solaf Set 3 ( 2 )



2
(a)
(i)
Nyatakan pengertian rujuk menurut bahasa dan istilah.



Suami yang mengambil kembali isteri/ yang telah diceraikan kepangkuannya






(ii)
Jelaskan dua syarat rujuk bagi isteri.



-          telah disetubuhi oleh suaminya
-          bukan perceraian secara fasakh atau khuluk






(iii)
Nyatakan tiga hikmat rujuk.



-          bertepatan dengan fitrah manusia yang ingin kembali ke pangkal jalan apabila melakukan kesilapan.
-          dapat menyatukan semula keluarga
-          dapat memberi ketenteraman jiwa.






(b)
(i)
Nyatakan maksud gadaian.



Sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya / untuk mendapatkan pinjaman.






(ii)
Huraikan tujuh perkara yang boleh membatalkan kontrak gadaian.



-          Barang yang digadai diserah semula kepada penggadai.
-          Penggadai telah membayar semua hutangnya.
-          Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah.
-          Pemegang gadai membatalkan gadaian walaupun tanpa pengetahuan penggadai.
-          Penggadai meninggal dunia.
-          Barang yang digadai rosak.
-          Barang yang digadai telah disewa, dihibah atau disedekahkan kepada orang lain.






(iii)
Terangkan tiga perbezaan antara amalan gadaian Islam dengan gadaian bukan Islam.







Aspek
Gadaian Islam
Bukan Islam
Cara
Tetap menjadi hak pemilik asal
Akan lupus sekiranya tidak ditebus dalam tempoh gadaian
Cara pembayaran
Nilai barang dan upah
Nilai barang termasuk faedah
Kesan
Membantu meringankan kesusahan
Membebankan kerana membayar faedah dan terdapat unsur-unsur riba atau gharar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan