Sabtu, 26 Oktober 2013

Skema Topikal (Jual Beli)



1.
Apakah maksud jual beli.  

Jual beli ialah menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu


2.
Nyatakan hukum jual beli.

Harus


3.
Nyatakan empat rukun jual beli.  

-          Penjual dan pembeli
-          Barang
-          Harga
-          Ijab dan kabul


4.
Jelaskan lima syarat penjual dan pembeli.

-          Mukallaf ( aqil baligh)
-          Kemahuan sendiri
-          Merdeka
-          Bukan golongan ditahan membelanjakan harta kerana bangkrap atau tidak waras
-          Beragama Islam khas bagi jual beli al Quran dan Hadis


5.
Nyatakan lima syarat barang bagi jual beli.

-          Bersih dan suci tidak sah menjual najis seperti bangkai
-          Berfaedah tidak sah menjual sebiji padi
-          Kepunyaan penjual atau wakilnya
-          Boleh menyerahkan barang kepada pembeli ketika akad kecuali jual beli bertangguh (salam/ tempahan )
-          Penjual dan pembeli mengetahui jenis, kadar dan sifat barang jualan, tak sah jual burung yang terbang di udara


6.
Berikan empat syarat bagi harga jual beli.

-          Bersih. Tak sah jika arak jadi harga
-          Harga adalah milik pembeli. Bukan duit orang lain.
-          Harga mampu diserahkan oleh pembeli kepada penjual
-          Pembeli dan penjual tahu jenis matawang yang digunakan.


7.
Jelaskan empat syarat ijab dan kabul jual beli.   

-          Tidak diselangi dengan perkataan yang lain
-          Bersamaan ijab dan kabul walaupun berlainan lafaz.
-          Tidak boleh ditaklikkan
-          Tidak boleh dihadkan masanya


8.
Terangkan lima jenis jual beli dilarang dan tidak sah.

-          Menjual daging dengan daging seperti menjual daging lembu dengan seekor kambing
-          Jualan bersyarat. Contoh “aku jual kalau kau setuju nak kahwin dengan aku


9.
Terangkan tujuh jenis jual beli yang dilarang tetapi sah.

-          Membeli barang dengan tujuan menyekat pembelian orang lain daripada membeli barang tersebut
-          Membeli barang yang sedang dibeli oleh orang lain walaupun masih dalam tempoh pilihan (khiyar)


10.
Jelaskan tiga hikmah berjual beli. 

-          Menyenangkan manusia bertukar-tukar faedah harta dalam kehidupan.
-          Menghindarkan kejadian rampas-merampas dan cerboh-mencerobohi dalam usaha memiliki harta.
-          Menggalakkan orang ramai supaya hidup berperaturan, bertimbang rasa, jujur dan ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan