Rabu, 23 Oktober 2013

Skema Solaf Set 2 ( 3 )




3
(a)
(i)
Jelaskan tiga syarat penyerahan jawatan khalifah oleh Saidina Hassan bin Ali kepada Muawiyah.



-          Muawiyah  mestilah memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah
-          Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi Muhammad saw
-          Menyerahkan pemilihan jawatan khalifah selepas Muawiyah kepada majlis syura






(ii)
Jelaskan tiga kesan penemuan sains dan teknologi pada zaman Abbasiah.



-          kehidupan umat Islam bertambah maju.
-          Status umat Islam dipandang tinggi.
-          Ramai orang bukan Islam tertarik untuk memeluk Islam.





(b)
Imam Malik merupakan pengasas Mazhab Maliki.





(i)
Namakan karya Imam Malik yang masyhur



Al Muattak






(ii)
Jelaskan tiga cara penghormatan Imam Malik kepada hadis



-          Mandi dan memakai pakaian yang bersih apabila membincangkan hadis
-          Memakai bau-bauan dan serban ketika membincangkan hadis
-          Menunjukkan jari ke arah maqam Rasulullah apabila membicarakan tentang hadis.





(c)
(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan berhias diri.



Penjagaan anggota badan,cara berpakaian,memakai bau-bauan atau barang perhiasan dan sebagainya.






(ii)
Nyatakan lapan adab berhias diri yang dianjurkan dalam Islam



-          sentiasa mandi
-          sentiasa menggosok gigi
-          memakai bau-bauan
-          menyikat rambut
-          memotong kuku
-          berpakaian kemas dan tutup aurat
-          memotong kuku
-          menghias muka/janggut/misai






(iii)
Jelaskan lima amalan berhias diri yang dilarang oleh Islam



-          memakai emas dan sutera tulen bagi lelaki
-          memakai pakaian berlawanan jantina
-          menyambung rambut (rambut palsu)
-          membuat tatu dibadan
-          pembedahan anggota badan untuk kecantikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan