Rabu, 23 Oktober 2013

Skema Topikal Ibadat ( Lambaian Kaabah 9 - 14 )

Ibadat : Lambaian Kaabah

9.
Nyatakan maksud haji ifrad

Ialah mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada mengerjakan umrah sebelum masuk bulan haji atau mengerjakan haji terlebih dahulu


10.
Jelaskan dua kelebihan mengerjakan haji ifrad

-          Cara yang paling afdal
-          Tidak dikenakan dam


11.
Jelaskan dua hikmah mengerjakan haji terhadap individu

-          Mendapat keampunan dan balasan syurga
-          Memperkukuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT


12.
Apakah maksud dam pada bahasa dan istilah?

Pada bahasa : Ialah darah.
Pada istilah ialah denda yang dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan semasa mengerjakan ibadat haji.


13.
Nyatakan dua jenis dam.

-          Tertib takdil
-          Tertib takdir


14.
Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut:



En. Ali mewakilkan anaknya untuk menunaikan haji bagi pihaknya kerana sibuk dengan urusan perniagaan.

Hukum : Tidak sah haji
Alasan : tidak termasuk dalam perkara-perkara yang mengharuskan upah haji



Aiman melakukan saie tanpa berwuduk

Hukum : Saie sah
Alasan : Saie tidak wajib wuduk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan