Sabtu, 7 November 2009

Nota Akidah : Halawatul Iman ( Kemanisan Iman )

1. Erti Halawatul Iman :

Ialah berasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan keredhaan Allah dan Rasul-Nya serta mengutamakan Alllah dan Rasul-Nya lebih daripada harta benda dunia.

2. Dalil adanya Halawatul Iman :

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :Tiga perkara! Sesiapa yang melakukan akan dapat memperoleh kemanisan iman. ( Iaitu ) kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi segalanya, mengasihi manusia kerana Allah, benci kepada kekufuran dan setelah Allah menyelamatkannya daripada kekufuran, sebagaimana mereka benci dicampakkan ke dalam api neraka.

3. Cara khusus untuk mencapai kemanisan iman :
  1. Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segalanya.
  2. Mengasihi manusia kerana Allah.
  3. Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan ke dalam api neraka.
4. Kesan-kesan Halawatul Iman :
  1. Merasai kenikmatan dalam beribadat.
  2. Menjadi seorang yang berakhlak mulia.
  3. Sentiasa melakukan kebaikan.
  4. Suka membantu masyarakat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan